Sunday, September 26, 2010

TERNAKAN IKAN SANGKAR

Pengenalan :









Ternakan ikan dengan kaedah perbesaran di dalam sangkar telah lama diusahakan

oleh penduduk setempat yang tinggal berhampiran dengan sungai atau bekas lombong.

Di dalam sistem ini benih-benih ikan akan di pelihara hingga besar di dalam sangkar-sangkar

yang di sediakan di dalan sungai atau bekas-bekas lombong.

























Peralatan :









Sangkar-sangkar yang digunakan untuk tujuan ini biasanya diperbuat dari besi dan

jaring. Penggunaan besi sebagai rangka sangkar ini adalah dibuat kerana ketahanannya

jika berbandingkan rangka kayu apabila direndam sekian lama di dalam air sungai.












Sekeliling dan bahagian bawah sangkar ini akan dipasangkan jaring mengikut ukuran

lubang yang tertentu yang boleh menampung benih-benih ikan di dalamnya tanpa memberi

ruang kepada ikan-ikan tersebut terlepas keluar. Jaring-jaring ini juga digunakan bagi 

membolehkan peredaran air sungai dapat berlaku secara hampir-hampir semulajadi.












Sangkar-sangkar ini pula akan di letakkan diatas satu rangkaian pelampung yang

membentuk sebagai rakit. Dengan ini, sangkar-sangkar ini akan sentiasa berkedudukan

terapung di dalam rakit, yang mana ianya akan sentiasa tergantung pada rakit. Apabila air

surut atau naik, rakit akan sentiasa mengikut paras permukaan air sungai dan ikan-ikan 

di dalam sangkar tersebut akan sentiasa berada di dalam air tanpa menyentuh dasar

sungai.












     Rangkaian  sangkar-sangkar di Sungai Pahang          
     

 
     
   Sangkar-sangkar yang di gunakan
            

Terdapat beberapa saiz sangkar-sangkar yang digunakan untuk tujuan ternakan ikan
dalam sangkar ini. Diantaranya  berukuran  4' x 6' ,  8' x 10' dan  10' x 12' . Bagi sangkar-
sangkar berukuran 4' x 6'  biasanya digunakan di sungai-sungai kecil atau di dalam bekas-
bekas peninggalan lombong lama. Saiz ini biasanya hanya sesuai untuk menampung
lebih kurang  500 hingga 600 ekor ikan sahaja sesangkar.













Untuk kegunaan di dalam Sungai Pahang, biasanya sangkar-sangkar berukuran
8' x 10'  dan  10' x 12' digunakan. Ini adalah kerana keluasan Sungai Pahang membenarkan
ukuran ini digunakan. Untuk sangkar-sangkar ini pada kebiasaannya akan dipelihara
antara  1500 hingga 2000 ekor ikan sesangkar. Saiz biasa yang di gunakan oleh penternak-
penternak ikan sangkar di Sungai Pahang adalah berukuran  8' x 10'. Ini adalah kerana
pada saiz ini sangkar-sangkar adalah mudah dikendalikan oleh seseorang penternak.

                                                

Benih Ikan :









Benih-benih ikan akan di perolehi dari sumber-sumber tempat pembiakan yang tertentu.

Bagi kawasan Jerantut Peri ini, terdapat 4 jenis ikan yang biasanya di pelihara iaitu terdiri

dari ikan Talapia, Patin, Keli dan juga Puyu. Namun untuk ternakan ikan dalam sangkar di

dalam Sungai Pahang, Talapia dan Patin adalah merupakan jenis ikan yang biasa da pelihara 

dalam jumlah yang banyak.




























Makanan :









Makanan ikan-ikan ini juga di perolehi dari sumber-sumber pembekal yang tertentu.

Terdapat beberapa bentuk pallet makanan yang sesuai untuk ikan-ikan ini. Pada peringkat

awal nya anak-anak ikan ini akan di beri makan dengan pallet-pallet yang berukuran lebih

kecil ( eg.TP1 atau  9931). Apabila ikan semakin dewasa, pallet-pallet yang berukuran yang

lebih besar akan di gunakan pula ( eg. TP2/grower atau 9932 dan TP3/finishing atau 9933 ).












Terdapat   2  jenis utama makanan ikan-ikan tersebut. Samaada jenis TP_ atau  993_ . Pada

am nya kedua-dua jenis makanan ini boleh di berikan sebagai makanan kepada semua jenis

ikan-ikan.  Terdapat juga berbagai-bagai jenis makanan ikan yang terdapat di pasaran saperti

dari jenis 'Keli King', Thailand dan sebagainya.
















Pada pengkhususan nya, makanan dari jenis TP_ adalah di rumuskan untuk makanan ikan-ikan

dari jenis yang bersisik saperti Talapia dan Puyu. Sementara itu pula, makanan dari jenis

993_  pula adalah di rumuskan khas untuk ikan-ikan dari jenis yang tak bersisik saperti

Patin dan Keli.



















Makanan TP1/9931  adalah di gunakan pada peringkat awal pembesaran ikan. Saiz nya 

yang kecil dan kadar protien yang tinggi ( lebih kurang 32% ) adalah sesuai untuk pembiakan 

awal ikan. Ianya di beri pada kadar 2 bulan pertama pembesaran nya.














Makanan TP2/9932  adalah di beri apabila ikan telah membesar sedikit. Ia berfungsi sebagai

membantu pembesaran ikan-ikan yang di pelihara. Ia nya di berikan kepada ikan-ikan pada

masa 2 hingga 4 bulan yang seterusnya. Kadar protien lebih kurang  28%.













Makanan TP3/9933  adalah di beri apabila ikan telah besar dan hampir sedia untuk pemasaran.

Ia nya di berikan kepada ikan-ikan pada kira 1 atau 2 bulan sebelum ikan-ikan tersebut 

di pasarkan. Kadar protien lebih kurang 23%.



























Penjagaan :









Ikan-ikan ini perlu di beri makan dalam 2 kali se hari. Makan yang pertama adalah pada

sabelah pagi ia itu didalam lingkungan pukul 6.30 pagi hingga 9 pagi. Manakala kali kedua 

pula adalah pada sabelah petang iaitu dalam lingkungan pukul 6 petang hingga 8 malam.












Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pemeliharaan ikan ikan sangkar ini. Di antara

nya adalah ;



















1 Makanan yang sihat.








  #  Ikan-ikan akan membesar dengan sihat jika di beri makanan yang berkhasiat


          dari pallet-pallet makanan yang bermutu.















2 Keadaan perairan.








  #  Benih-benih ikan se elok-elok nya hanya di lepaskan ke dalam sangkar 


          semasa air sungai berada di dalam keadaan agak jernih.



  #  Keadaan air yang keroh mengandungi kandungan lumpur yang tinggi di


           dalam air nya. Lumpur-lumpur ini akan mudah terlekat di dalam ingsang


           anak-anak ikan yang masih kecil. Ini akan menyebabkan ikan-ikan 


           tersebut sukar untuk bernafas dan seterusnya mati.














3 Serangan musuh.








  #  Jaring-jaring yang di gunakan juga perlu di perbuat dari jenis yang teguh bagi


          menghindarkan serangan ikan-ikan besar lain, gesing dan biawak


          yang ingin memakan ikan ini.






  #  Pemantauan selalu perlu juga di lakukan dari masa kesemasa bagi


          menghindari ikan-ikan tersebut di makan olih haiwan-haiwan lain saperti


          memerang, bangau atau burung-burung lain.














4 Kecurian.









  #  Pemantauan dari masa ke semasa juga perlu di lakukan bagi mengelakkan


          kecurian ikan-ikan tersebut dari mereka-mereka yang tidak di ingini.























Ikan-ikan ini biasa nya akan memakan masa   6 hingga  8 bulan untuk matang dan bolih 

di pasarkan.







               










   
   
Ikan Talapia

        
Ikan Patin
              


JABATAN  PERIKANAN  NEGERI  PAHANG














Starat-syarat kerja pembinaan sangkar ikan air tawar.
















Bil Butiran Kerja / Spesifikasi Nilai



1 Rangka rakit sangkar hendaklah di buat daripada besi L



saiz 5 cm. Lebar, tebal 3 mm. yang dikimpal dengan



kemas pada setiap penyambung nya.










2 Lantai pelantar pada rakit sangkar hendaklah di buat  



daripada besi plate yang di kimpal dengan kemas. 



rangka dan lantai rakit juga perlu di sapu dengan cat 



cegah karat.












3 Rangka sangkar hendaklah di buat daripada besi padu 



berukuran 4 hon (12mm) dan di kimpal dengan kuat pada



setiap penyambungnya.











4 Penutup sangkar perlu di sediakan daripada jaring nylon



(hijau).













5 Jaring sangkar hendaklah menggunakan jaring plastik



(NETLON CE 121) yang di ikat kemas menggunakan tali



kalis air serta tahan. Jarak antara satu ikatan perlu 



di pastikan antara  3" - 6"  setiap satu.










6 Jaring nyamuk hijau (insect screen) selebar 60 cm. perlu 



di pasang di sekeliling (bahagian dalam) petak sangkar



pada paras permukaan air.











7 Tong plastik hendaklah berkeadaan baik dan selamat 



di gunakan dan di ikat dengan kuat pada rangka dengan 



menggunakan tali dari jenis kalis air. Tong terpakai juga



boleh di gunakan dengan syarat dalam keadaan baik.










8 Tali penambat rakit sangkar berukuran 28 mm sepanjang 



50 meter perlu di bekalkan.











9 Sebarang kerosakan / kecacatan dalam tempoh 6 bulan 



selepas penyerahan projek seperti kimpalan tertanggal, 



patah, ikatan jaring sangkar tertanggal dan lain-lain 



berpunca daripada kecuaian atau penggunaan  bahan 



yang bermutu rendah akan menjadi tanggungan 



kontrektor untuk memperbaikinya tanpa menuntut 



sebarang kos tambahan.











10 Kerja-kerja pembinaan / pembekalan hendaklah di dalam 



penyeliaan dan pengetahuan Pegawai Penyelia Projek



yang bertanggung jawab.















    
   









    
   
    





   Jika anda ada apa - apa pertanyaan mengernai ikan yang dipaparkan diatas sila hubungi saya.
  
    H/p    : 012-4711766
   
   Alamat: A140, Lorong 9, Taman Koperasi 27000 Jerantut, Pahang.






















































































































12 comments:

  1. Berapa modal untuk buat sangkar
    Dan ada jabatan yang boleh buat pinjaman buat sangkar

    ReplyDelete
  2. nak tanya berapa kos utk sangkar 10 x 10

    ReplyDelete
  3. berapa harga untuk sangkar 10 x 18

    ReplyDelete
  4. Boleh berhubung dngan saya 0133238312..bandar jerantut pahang

    ReplyDelete
  5. Bos Ada pinjaman utk Beli sangkar

    ReplyDelete
  6. Berapa kos untuk buat sangkar & berapa modal semua sekali dgn pukat

    ReplyDelete
  7. berapa kos sangkar 10×10×6 untuk 4 sangkar

    ReplyDelete
  8. Buy Columbia's T-Shirt - titanium-arts.com
    Columbia T-Shirt › clothing › t-shirts › clothing › t-shirts Columbia's T-Shirt is titanium (iv) oxide an elegant titanium men\'s wedding band choice for many in the business, titanium trimmer but the babyliss pro titanium design is also perfect for a quick titanium water bottle and easy afternoon shower. T-Shirt - T-Shirt.

    ReplyDelete